SELAMAT DATANG KE KELAS ONLINE BAHASA ARAB 1 (LAA100)
PENGAJAR: AHMAD SIDDIKI ABDUL KADIR
KURSUS : LAA100 (BAHASA ARAB 1)
100% Kerja Kursus
i. Ujian 40% :
a) Kuiz 20%
Merangkumi 2 TOPIK SAHAJA.
Soalan tentang perbendaharaan kata, tatabahasa dan tulisan Arab.
Soalan berbentuk pilihan jawapan betul atau salah, pilihan jawapan yang pelbagai
dan isi tempat kosong
0.5 markah x 10 soalan = 5 markah
1 markah x 15 soalan = 15 markah. Jumlah 20 markah
Kuiz menggunakan sistem Google Form yang perlu dijawab dalam masa 1 jam pada
tarikh dan masa yang ditetapkan
Dijadualkan pada Minggu 12
b) Lisan 20%
Merangkumi 2 TOPIK SAHAJA.
Soalan tentang aspek komunikasi daripada tajuk yang dipelajari.
0.5 markah x 10 ayat lengkap tentang tajuk diberi = 5 markah.
1 markah x 15
soalan = 15 markah
Penilaian pada setiap soalan:
Memahami konteks soalan: 0.5 markah
Menjawab soalan dengan tepat: 0.5 markah
Jumlah = 20 markah
Lisan dalam talian melalui Microsoft Teams/Webex/Whatsapp video call secara individu mengikut masa yang ditetapkan.
Dijadualkan pada Minggu 12
ii. Tugasan 30%
Pelajar diberikan salah satu daripada 2 tajuk utama.
Setiap tugasan perlu menghasilkan satu bahan berbentuk poster berkaitan tajuk
tersebut, (10%) dan menulis 20 ayat lengkap untuk menerangkan poster tersebut
(20%)
Aspek penilaian:
Poster 10% - Perbendaharaan kata (4%), Tatabahasa (3%), Kekemasan (3%)
Penerangan 20% - Isi (10%), Tatabahasa (5%), Ejaan (5%)
Dijadualkan pada Minggu 10
iii. Penyampaian/Persembahan 30%
a) Skrip 10%
b) Penyampaian 20%
Setiap pelajar menyediakan skrip tentang tajuk yang ditentukan sekurangkurangnya
dalam 20 ayat lengkap (10%).
Selepas disemak, skrip tersebut hendaklah dipersembahkan dalam bentuk video dan
dihantar melalui pautan Google Drive.
Aspek penilaian:
Skrip 10% - Isi (4%), Tatabahasa (3%), Ejaan (3%)
Penerangan 20% - Sebutan (5%), Kelancaran (5%), Gaya penyampaian (5%) dan
Peralatan (5%)
Tarikh serahan pada Minggu 15