Kursus ini memperkenalkan aspek-aspek penting dalam pengiklanan bermula dari proses penghasilan iklan sehinggalah ke tahap iklan dikomersialkan. Pelbagai konsep, teori, strategi dan teknik ditekankan sepanjang pengajaran. Pelajar turut diberi pendedahan mengenai cara-cara mengukur hasil sesebuah pengiklanan setelah dikomersialkan.