Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep, kesedaran fahaman dan pengetahuan dalam keusahawan. Ianya akan berfokus kepada pembangunan usahawan dari segi ciri-ciri, peluang-peluang dan penggunaan pengurusan fungsional dalam pembangunan usahawan. Kursus ini merangkumi topik-topik seperti konsep dan cabaran keusahawanan, kaedah mengenalpasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan, bentuk & peraturan perniagaan di Malaysia, Rancangan Perniagaan, Rancangan Pemasaran, Rancangan Kewangan, Pengurusan Operasi dan Kawalan Kualiti, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Isu-isu keusahawanan berglobal dan korporat dalam pasaran.