Course info
JMK 421/4 – KESUSASTERAAN DAN CEREKA SAINS
Penyelaras Kursus: Cik Asniza binti Zakaria
A. Introduction
Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan perkaitan antara bidang kesusasteraan dan bidang sains. Karya cereka sains yang terpilih akan dikaji daripada segi genre dan perkembangannya serta medium penyampaian.
B. Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat:
- menjelaskan bahawa bidang kesusasteraan tidak jumud, malah sesuai dengan semua bidang sains
- menjelaskan bidang sains boleh menjadikan bidang sastera sebagai medium untuk menyampaikan informasi
- membezakan antara cereka sains dengan cereka-cereka lain
- membincangkan impak kemajuan sains terhadap kehidupan secara tidak langsung
C. Course Content
Lima (5) karya utama yang akan dikaji:
- 1. Wizra (2016), Ahmad Patria(Novel)
- 2. Leksikon Ledang(2015), Nor Azida Ishak & Fadli Al-Akiti. (Novel)
- 3. Desolasi(2016), diarahkan oleh Mohd. Syafiq bin Mohd. Yusof
- 4. Jurassic Park(1993), diarahkan oleh Steven Spielberg.
- 5. The Terminator(1984), diarahkan oleh James Cameron
C. Pentaksiran Kursus
Pentaksiran Berterusan - 20%
Tugasan - 20%
Peperiksaan Akhir - 60%
D. Kursus Intensif
Kursus Intensif akan di adakan pada 22nd February 2021 to 14 March 2021.
Kehadiran adalah wajib.
E. Video Conferencing / WEBEX
Terdapat slot WEBEX yang telah ditetapkan iaitu sebelum dan selepas kursus intensif. EMPAT slot sebelum kursus intensif dan EMPAT selepas kursus intensif.
Topik-topik perbincangan adalah seperti berikut:
(Berdasarkan perancangan dan tertakluk juga kepada perubahan)
- Pengenalan kepada kursus
- Wizra (2016), Ahmad Patria bin Abdullah(Novel)
- Leksikon Ledang(2015), Nor Azida Ishak & Fadli Al-Akiti. (Novel)
- Desolasi(2016), diarahkan oleh Mohd. Syafiq bin Mohd. Yusof
- Jurassic Park(1993), diarahkan oleh Steven Spielberg.
- The Terminator(1984), diarahkan oleh James Cameron
F. Assignment
“Dalam kealpaan kita bersaing memajukan bidang sains dan teknologi, kita sering terlupa akan kesan buruk yang timbul di sebalik perkembangan teknologi tersebut.”
Bincangkan penyataan di atas dengan merujuk kepada novel Leksikon Ledang dan filem Jurassic Park(1993) yang diarahkan oleh Steven Spielberg.
Arahan:
i) Tugasan anda haruslah dalam lingkungan 1,800 to 2,000 patah perkataan.
ii) Tugasan anda perlu dihantar pada atau sebelum 30 Mac 2021. Sebarang permohonan untuk lanjutan tempoh penghantaran tidak akan dilayan. Penghantaran yang lewat boleh menyebabkan anda diberikan Gred F.
iii) Sila pastikan tugasan anda bebas plagiarism. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas sebarang bentuk plagiarism.
G. Rujukan:
- Mann, George (ed.). 2001. The Mammoth Encyclopedia of Science Fiction. London: Robinson.
- Othman Puteh. 1989. Sastera Remaja Ditinjau Daripada Beberapa Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
- Roberts, Adam. 2000. Science Fiction (the New Critical Idiom). London: Routledge.
- Rubaidin Siwar. 1993. Fiksyen Kanak-kanak :Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Scalzi, John. 2005.The Rough Guide to Sci-Fi Movies. New York: Rough Guides Ltd.,
- Lecturer: Asniza binti Zakaria
Social networks