Course info
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada fungsi dan isu-isu yang terlibat di dalam pengurusan institusi kewangan dan pasaran kewangan. Tekanan kursus adalah kepada strategi pengurusan institusi kewangan, peraturan dan perancangan kerajaan dan analisis kewangan. Kandungan kursus meliputi: fungsi dan matlamat institusi kewangan di Malaysia dan pasarannya, iaitu pasaran wang dan modal; analisis kadar faedah termasuk dari aspek matematik, struktur kematangan dan pengurusan pusingan kadar faedah; pengurusan isu-isu dasar seperti kredit, kecairan, modal dan perancangan strategik; pengurusan institusi kewangan yang utama seperti bank perdagangan, syarikat kewangan dan institusi kewangan Islam, dan; dasar awam terhadap institusi kewangan meliputi tujuan dan struktur peraturan untuk keberkesanan dan kestabilan sistem kewangan.
- Lecturer: DR. CHE SUPIAN BIN MOHAMAD NOR
Social networks