Kursus ini mengkaji sejarah Malaysia moden melalui kaca mata sumber primer iaitu dokumen-dokumen bertulis. Sumber-sumber itu termasuklah dokumen peribadi seperti diari, surat-menyurat persendirian, dan memoir serta dokumen-dokumen rasmi seperti laporan, memoranda, telegram, surat, ucapan, perjanjian, perlembagaan, dan perbahasan parlimen. Skop kajian adalah daripada zaman penjajahan British sehingga pembentukan Persekutuan Malaysia. Penulisan sejarah adalah amat bergantung kepada penafsiran sumber sejarah iaitu sumber-sumber primer dan sekunder, secara kritis dan objektif. Pendedahan kepada kursus ini membolehkan pelajar menghayati apakah yang cuba digambarkan oleh saksi-saksi dalam sejarah.