Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada asas yang berkaitan dengan falsafah dan kaedah pendidikan jarak jauh. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan kepada keberkesanan alat komputer dan kemudahan internet sebagai alat pembelajaran terkini bagi pembelajaran jarak jauh. Topik-topik yang dibincangkan termasuklah falsafah dan teori pendidikan jarak jauh termasuk ciri dan pelaksanaan beraneka media khususnya komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan akan diberikan terhadap kaedah pembelajaran kendiri dan peranan perkhidmatan sokongan dalam sistem pendidikan jarak jauh dan pembelajaran terbuka. Tambahan pula, dengan memperkenalkan beberapa kelebihan komputer dan teknologi maklumat adalah diharapkan bahawa ia akan memudahcarakan kegiatan pembelajaran, penyimpanan maklumat dan penyelidikan kepada pelajar jarak jauh.