Course info
Pendekatan ekonomi politik (Political Economy) menekankan dinamika hubungan kuasa antara 3 golongan utama dalam sesebuah masyarakat industri: pemerintah/negara (the state), pemodal/kapitalis (capitalist) dan buruh (labour). Ia digunakan melalui analisis terhadap 3 tesis yang dilihat mendominasi fasa perkembangan ekonomi politik di Malaysia:i) Tesis Kawal Selia Pemerintah pemerintah mencatur kapitalis dan mengawal buruh.
ii) Tesis Kelas Kapitalis Besar kapitalis menguasai pemerintah dan menundukkan buruh.
iii) Tesis Kuasa Kolektif Buruh buruh mengimbangi kuasa pemerintah dan kapitalis.
Antara topik-topik menarik yang dibincangkan dalam kursus ini ialah: latar belakang disiplin ekonomi politik, aliran-aliran pemikiran ekonomi politik, sejarah dan tema pengajian ekonomi politik di Malaysia, perkembangan perancangan pembangunan sebagai senjata ekonomi politik di Malaysia, teori strukturalis, UMNO sebagai kajian kes kapitalisme pemerintah di Malaysia, transformasi kelas menengah di Malaysia, hubungan industri, gerakan kesatuan sekerja di Malaysia, CUEPACS dan MTUC selaku wakil kelas buruh di Malaysia.
Rujukan:
1. Ku Shamsulbahariah Ku Ahmad. (1987). Pengantar Ekonomi Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Ghosh, B.N. dan Muhammad Syukri Salleh (eds.). (1999). Political Economy of Development in Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
3. Gomez, Edmund T. & Jomo K.S. (1999). Malaysias Political Economy: Politics, Patronage and Profits. Cambridge: Cambridge University Press.

- Lecturer: Dr. Hj. Ahmad Nazzan
Social networks