Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek terpilih tentang ideologi Dunia Ketiga. Kursus ini bermula dengan perbincangan teoritis mengenai ideologi. Ini akan diikuti dengan penelitian ideologi pemimpin-pemimpin di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Ideologi-ideologi ini meliputi persoalan-persoalan politik, sosial, ekonomi dan humanisme kosmik. Tumpuan akan diberi kepada unsur-unsur kesamaan dan perbezaan.



Rujukan:



1. Baradat, L. (2003). Political Ideologies: Origins and Impacts. New Jersey: Prentice-Hall.

2. Sargent, L.T. (1987). Contemporary Political Ideologies. Illinois: Dorsey Press.

3. Sigmund, P.E. (ed.). (1969). The Ideologies of the Developing Nations. New York: Praeger.