Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada teori politik berasaskan pendekatan institusional. Kursus ini juga akan meneliti struktur, fungsi dan aktiviti yang dilakukan oleh institusi-institusi politik di negara-negara Barat dan Timur. Institusi-institusi politik ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis: institusi perundangan (atau dewan perundangan), institusi eksekutif (kabinet dan pentadbiran awam) dan institusi kehakiman. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah: pengenalan teoritis-struktur, institusi dan sistem politik; pendekatan-institusional, struktur-fungsi dalam kajian sains politik; perlembagaan dan kerajaan berperlembagaan-bentuk, corak dan fungsi;

(i) institusi perundangan: membuat undang-undang, bentuk, corak dan fungsi;

(ii) institusi eksekutif: melaksana undang-undang, bentuk, corak dan fungsi;

(iii) institusi-institusi kehakiman: mengadili undang-undang, bentuk, corak dan fungsi;



Rujukan:



1. Abdul Aziz Bari. (2003). Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Ahmad Atory Hussain. (1996). Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Barat: Suatu Tinjauan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Ramanathan, Kalimuthu. (1992). Asas Sains Politik. Edisi ke 2. Petaling Jaya: Fajar Bakti.