Kursus ini akan memperkenalkan isu-isu yang berkait dengan proses perindustrian sesebuah negara terutamanya di negara membangun seperti Malaysia. Persoalan-persoalan seperti struktur, organisasi dan prestasi industri akan disentuh pada permulaan kursus. Seterusnya perbincangan akan ditumpukan kepada teori-teori yang menghuraikan penumpuan, lokasi dan integrasi industri. Fungsi pengeluaran dan teknologi, dan pengaruhnya juga akan diteliti. Akhirnya kursus ini akan menghuraikan dengan terperinci matlamat-matlamat alternatif firma.



Rujukan:

1. Waldman, D.E. and Jensen, E.J. (2001). Industrial Organization. (2nd Edition). Boston: Addison Wesley Longman.

2. Krouse, G.G. (1990). Theory of Industrial Economics. Cambridge: Blackwell Publishers.

3. Cabral, L. (2000). Introduction To Industrial Organisation. Cambridge, Mass.: MIT Press.