Kursus ini membincangkan falsafah, struktur dan mekanisme sistem ekonomi Islam. Bahagian pertama kursus ini akan ditumpukan kepada falsafah dan matlamat sistem ekonomi Islam, kaedah bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut, harta kekayaan sebagai amanah, pengagihan pendapatan dan kekayaan, zakat dan pembahagian harta pusaka dalam Islam.



Bahagian seterusnya akan menyentuh tentang analisis penggunaan, pengeluaran, sistem pasaran, dan pengagihan pendapatan faktor dan harta dalam Islam.Bahagian ketiga akan menumpukan kepada peranan kerajaan dalam Islam daripada sudut pentadbiran dasar fiskal, dasar kewangan, pelaburan, perancangan pembangunan dan hubungan antarabangsa. Dalam bahagian akhir, perbandingan akan dibuat antara sistem ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam berdasarkan kriteria keadilan, kecekapan, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Perbincangan juga akan diberikan tentang kedudukan sistem ekonomi Islam dalam satu sistem sekular dan dalam masa peralihan.

Dalam membincangkan tajuk-tajuk yang disebutkan tadi penumpuan akan dibuat kepada usaha-usaha yang dijalankan di Malaysia untuk menerapkan sistem ekonomi Islam.

Leceister: The Islamic Foundation. Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Sibly Maros dan Amir H. Baharuddin bertajuk Kajian Dalam Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: DBP, 1987.

2. Mannan, M.A. (1981). Islamic Economics: Theory and Practice. Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Radiah Abdul Kadir bertajuk Ekonomi Islam: Teori dan Praktis. Bah. I, II, III dan IV. Kuala Lumpur: A.S. Noordin. 1992.

3. Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad. (2005). Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.