Kursus ini bertujuan meneliti struktur, prestasi, masalah dan isu-isu terpilih tentang ekonomi Malaysia. Pendekatan diskriptif dan analitik akan digunakan semasa meneliti struktur, prestasi, masalah dan isu-isu terpilih tersebut. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan adalah mengikut sektor: sektor pertanian, industri pembuatan, perlombongan, perkhidmatan, perdagangan antarabangsa dan perbelanjaan serta hasil kerajaan. Bagi setiap sektor, perbincangan akan ditumpukan kepada perkembangan semasa pertumbuhannya, masalah-masalah yang dihadapi dan dasar-dasar kerajaan terhadap sektor berkenaan. Selain daripada analisis mengikut sektor, isu-isu ekonomi semasa akan dibincangkan dalam konteks yang berkaitan.



Rujukan:



1. Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hassan (2005). Ekonomi Malaysia. (Edisi Keenam), Petaling Jaya: Pearson Malaysia.

2. Samuel Bassy Okposin, Abdul Halim Abdul Hamid and Ong Hwang Boon (1999). The Changing Phases of Malaysian Economy. Subang Jaya: Pelanduk.