Course info
Kursus ini akan memperkenalkan prinsip-prinsip makroekonomi, alat analisis makroekonomi dan kesan serta masalah-masalah penggunaan alat dasar untuk mengawal kegiatan ekonomi dalam konteks ekonomi terbuka dan ekonomi tertutup. Tajuk-tajuk yang diliputi akan dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama akan memperkenalkan konsep makroekonomi dan asas matematik yang diperlukan untuk membantu pelajar memahami tajuk-tajuk berikutnya dan kaedah-kaedah mengukur output negara. Bahagian kedua akan meneliti permintaan agregat dalam model dua, tiga dan empat sektor; konsep pengawalan kegiatan ekonomi juga akan diperkenalkan. Bahagian ketiga akan membincangkan keseimbangan serentak dalam pasaran komoditi dan pasaran wang dan dengan bantuan alat analisis yang dibina, bahagian ini akan mengkaji kesan kejutan-kejutan terhadap kegiatan ekonomi dan masalah penggunaan alat dasar untuk mengawal kegiatan ekonomi. Bahagian keempat akan memperkenalkan ekonomi terbuka, kejutan-kejutan terhadap kegiatan ekonomi dan masalah penggunaan alat dasar dalam konteks sistem kadar pertukaran yang berlainan. Bahagian kelima akan mengkaji hubungan output, harga dan inflasi.
Rujukan:
1. Hall, R.E. and Liebermen, M. (2006). Macroeconomics: Principles and Applications. (4th Edition). Ohio: Thomson South Western.
2. Gordon, R.J. (2006). Macroeconomics. (10th Edition). Lebanon, Indiana: Addison Wesley.
3. Froyen R.T. (2004). Macroeconomics. (8th Edition). New Jersey: Pearson.

- Lecturer: DR. FAZELINA BINTI SAHUL HAMID
Social networks