Kursus ini bertujuan membolehkan pelajar meninjau dan memahami pelbagai isu sosial masyarakat setempat atau masyarakat manusia umum secara ilmiah. Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai perspektif dan teori asas sosiologi dan antropologi untuk memahami isu-isu sosial secara sistematik, rasional dan kritis. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada pelbagai isu sosial yang menjadi tema kajian ahli antropologi dan sosiologi.