Kursus ini menumpukan perhatian kepada proses, isu, permasalahan dan pembangunan bandar dalam konteks negara-negara membangun. Objektif utama kursus ini ialah untuk meninjau secara kritis isu dan permasalahan bandar terutamanya dalam masyarakat yang menuju ke arah pemodenan seperti di kebanyakan negara Asia, Latin Amerika dan Afrika. Pengenalan kepada teori dan konsep sosiologi akan diutarakan di samping fakta, data yang berkaitan dalam penganalisisan isu dan permasalahan tersebut.

Rujukan:

1. Nor Aini Hj. Idris & Chamhuri Siwar (eds.). (2004). Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia. Bangi: UKM.
2. Jamilah Ariffin (eds.). (1994). Poverty Amidst Plenty. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.
3. Mohd. Taib Dora. (2000). Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar. Skudai: UTM.