Kursus ini membincangkan paradigma-paradigma dan teori-teori utama yang mendasari pemikiran-pemikiran sosiologi dan antropologi tentang tingkah laku sosial, kehidupan dan perubahan sosial dalam masyarakat. Bermula dari penelitian ke atas penulisan pemikir-pemikir sosial klasik seperti Karl Marx, Emile Durkheim dan Max Weber, kursus ini akan meninjau seterusnya perkembangan pemikiran teoritis di zaman moden dan kontemporari menerusi penulisan tokoh-tokoh seperti Karl Manheim, C. Wright Mills, Erving Goffman, Gramsci, Habermas, Foucault yang membentuk pelbagai aliran dan usaha mengintegrasi pelbagai aliran pemikiran teoritis.




Rujukan:



1. Giddens, A. (1979). Central Problems in Social Theory. London: McMillan.

2. Barret, R. (1984). The Rebirth of Anthropology Theory. Toronto: University of Toronto Press.

3. Ritzer, G. (1996). Modern Sociological Theory. McGraw International Edition, New York: McGraw Hill.