Course info
Kursus ini membincangkan tentang perhubungan timbal-balik di antara tingkah laku manusia dengan alam persekitaran. Perubahan dan kesan perubahan alam persekitaran akan ditinjau dalam konteks proses pembangunan manusia dan masyarakat yang berterusan. Persoalan-persoalan yang dikaji termasuklah sifat dan daya kuasa sains dalam menentukan corak perubahan sosial terutamanya dalam proses pengeluaran dan aktiviti ekonomi, punca dan akibat krisis alam persekitaran bersabit dengan kegiatan manusia, tindak balas sosial terhadap krisis ini melalui sistem perundangan, peranan kumpulan pendesak alam sekitar dan dasar-dasar pengurusan sumber alam.
Rujukan:
1. Martell, L. (1994). Ecology and Society. Cambridge: Polity Press.
2. Miller, Jr., G.T. (2000). Living in the Environment. New York: Thomson Publishing.
3. Redclift, M. And Benton, E. (1994). Social Theory and the Global Environment. London: Routledge.

- Lecturer: DR. BOK GUAT IM
Social networks