Course info
JMS 417 - Pensejarahan Timur Dan Barat
Kursus ini merupakan tinjauan secara perbandingan di antara penulisan sejarah di Barat dan Timur, atau Eropah dan Asia. Mengenai pensejarahan Barat, ia bermula dengan Zaman Klasik yang meninjau tentang pensejarahan Greek (Herodotus, Thucydides) dan Rom (Sallust, Livy, Tacitus, dan lain-lain). Ini diikuti oleh Zaman Pertengahan (Africanus, Eusibius, St. Augustine, dan lain-lain), dan akhirnya pensejarahan moden, yang dimulai dengan abad Renaisans, Abad Pencerahan hinggalah kepada peranan tokoh-tokoh seperti Ranke dan Marx dalam zaman moden.
Mengenai pensejarahan Timur, tinjauan akan dilakukan terhadap penulisan sejarah Cina (Ssu-ma Chien), penulisan sejarah Islam (al-Mas'udi, al-Tabari, Ibn Khaldun, dan lain-lain), dan pensejarahan Melayu, yang dimulai dengan teks Sejarah Melayu dan historiografi negeri-negeri Melayu lainnya. Memandangkan penulisan sejarah di Timur tumbuh dan berkembang dalam "ruang dan waktu" yang tersendiri, maka ia mempunyai tradisi dan ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza. Namun sebagai kajian perbandingan, sudah tentu wujud unsur dan nilai yang sama dan universal.
Rujukan:
1. R.G. Collingwood. (1945). The Idea of History, Oxford University Press, London.
2. Mohd Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, DBP, Kuala Lumpur.
3. F. Rosenthal. (1968). A History of Muslim Historiography. E.J. Brill, Leiden.

- Lecturer: DR. AHMAD DZULFAHMI BIN MUHAMAD
- Lecturer: DR. SAH-HADIYATAN BIN ISMAIL
Social networks