Kursus ini akan mengkaji tentang sejarah gerakan protes di Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Tidak kurang pentingnya juga ialah gerakan agama, buruh dan komunis, kegelisahan sosial petani di Kelantan dan Terengganu juga akan diteliti. Demikian juga tentang pakatan sulit dan bandit sosial.Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah: protes dalam konteks sejarah Malaysia; protes sebelum penjajahan; kebangkitan Naning, 1830-31; pemberontakan Kedah, 1821-42; gerakan anti British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; gerakan anti British di Sarawak; pemberontakan Mat Salleh di Sabah; kebangkitan petani di Kelantan dan Terengganu; bandit sosial; protes bercorak keagamaan pada awal abad ke-20; buruh dan komunis dalam konteks sejarah protes di Malaysia.Rujukan:1. Mohd Isa Othman. (2000). Sejarah Gerakan Protes Di Malaysia. Utusan Publications And Distributors. K.L. 2. Black, Ian. (1983). The Gambling Style of Government. Oxford University Press. Kuala Lumpur. 3. Buyung Adil. (1983). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan abad ke 15 - 19. DBP. Kuala Lumpur.