Secara umumnya kursus ini menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan asas yang berkaitan dengan sejarah negara dan masyarakat Cina dari kira-kira pertengahan abad ke-19 sehinggalah kematian Mao Dze-Dong pada 1976. Antara persoalan utama yang dibincangkan ialah pemberontakan-pemberontakan anti-revolusi 1911 dan persaingan antara KMT dan PKC serta pergolakan kepimpinan dalam parti-parti itu dan kemunculan negara komunis pada 1949.



Antara perkara yang diberi perhatian termasuk soal pertentangan/ penyesuaian nilai lama dan baru terutama di kalangan golongan terpelajar dan berpengaruh dalam menghadapi cabaran abad ke-19 dan ke-20; kebangkitan-kebangkitan menentang pemerintah dan perebutan kuasa di dalam dan di antara beberapa kelompok yang bersaing; dan pembaharuan/perubahan yang tercetus akibat daripada keadaan politik; sosial dan ekonomi yang wujud dalam tempoh waktu yang dikaji.



Rujukan:



1. Graham, Gerald S. (1978). The China Station: War And Diplomacy, 1830-1860. New York.

2. Shue. Vivienne. (1988). The Reach of the State: Sketches of the Chinese Body Politics. Stanford University Press. Stanford.

3. Mac Farquhar, Roderick. (1983). The Origins of the Cultural Revolution, vol 2: The Great Leep Forward 1958 1960. Columbia University Press, New York.