Kursus ini mengkaji tentang susunan masyarakat tradisi di Asia Tenggara - Myanmar, Negara Thai, Laos, Vietnam, Kampuchea, Filipina dan Indonesia. Penekanan akan diberi kepada unsur-unsur tradisi seperti nilai politik, budaya dan agama.



Ini diikuti dengan kedatangan kuasa-kuasa Eropah dan pengenalan kepada corak pemerintahan kolonial serta perkembangan ekonomi. Tumpuan juga akan diberi kepada tindak balas bukan sahaja daripada kalangan elit, tetapi juga daripada kalangan petani.



Yang terpenting di dalam kursus ini ialah perkembangan nasionalisme yang mencerminkan kehendak-kehendak pribumi yang berlainan dan ini akhirnya menghasilkan sistem-sistem politik yang berlainan pada hari ini.



Beberapa masalah yang timbul selepas kemerdekaan juga disentuh, termasuklah corak pemerintahan, perpaduan kebangsaan dan pembangunan ekonomi.

Rujukan:



1. Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: DBP.

2. Yong Mun Cheong. (1992). The Political Structures of the Independent States dalam Nicholas Tarling (ed) The Cambridge History of Southeast Asia, Volume II. Cambridge: Cambridge University Press.

3. Firnivall, J.S. (1950). South Asia in the World Today. Dlm Philips Talbot (ed.)., South Asia in the World Today: Univesity of Chicago Press. Chicago.