Course info
Kursus ini akan menekankan kepada tema tradisi dan perubahan dalam masyarakat tradisional sehingga tahun 1941. Perbincangan akan dibuat tentang konsep negara, sistem kerajaan dan sosio-ekonomi yang mempengaruhi masyarakat tradisional.Perbincangan akan bermula dari sejarah awal yang membentuk tradisi sejarah politik sejak kemunculan kerajaan-kerajaan awal. Ini diikuti dengan perbincangan tentang kesultanan Melaka dan warisan politiknya dalam kerajaan-kerajaan Melayu Semenanjung. Penekanan juga akan diberi kepada penglibatan Acheh, Bugis dan Minangkabau serta Siam. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam politik di Brunei sehingga campur tangan Inggeris juga akan dikupas. Seterusnya akan ditinjau penglibatan imperialisme Inggeris di Malaysia dan kemunculan gerakan nasionalisme.Tajuk-tajuk yang akan dibincang ialah: Asal-usul sejarah Malaysia; pengasasan Melaka, sumber-sumber sejarahnya, institusi politik dan warisan sejarahnya; kerajaan Johor Riau sehingga abad ke-17; pengaruh Portugis dan Belanda di Melaka; penglibatan orang Minangkabau dan Bugis; hubungan Siam dengan negeri-negeri Melayu; hubungan Brunei dengan Sarawak dan Sabah; imperialisme Inggeris di Malaysia; perkembangan awal nasionalisme.Rujukan:1. Abdul Rahman Hj. Ismail. (2005). Malaysia - Sejarah Kenegaraan dan Politik. Macmillan Publication. Kuala Lumpur.2. Andaya Barbara W. dan Leonard Y. (1983). Sejarah Malaysia. Macmillan Publication. Kuala Lumpur.3. Mohd Isa Othman. (2001). Sejarah Malaysia. Utusan Publication. K.L.
- Lecturer: DR. LOW CHOO CHIN
Social networks