Tujuan utama kursus ini ialah memberi pengenalan (pengantar) kepada Ilmu Kesusasteraan. cakupan serta matlamatnya, cabang-cabangnya, serta kaedah pengkajian atau pendekatan utamanya. Penekanan akan diberi terhadap bidang teori dan apresiasi kesusasteraan yang akan membicarakan antara lain: hakikat kesusasteraan, proses kreatif, fungsi dan matlamat kesusasteraan dan juga kaedah pengkajiannya. Seterusnya akan dibincangkan dengan lebih terperinci ragam-ragam kesusasteraan seperti prosa dan puisi. Dengan mempelajari secara kritis asas-asas kesusasteraan berserta analisis ke atas unsur-unsurnya yang berasaskan contoh-contoh yang wajar, diharapkan para mahasiswa akan dapat memahami serta menghayati karya sastera secara lebih terbuka dan bersedia untuk mempelajari ilmu kesusasteraan secara lebih khusus dan terperinci. Rujukan: 1. Sufian Husain (dll.). (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2. Rene Wellek dan Austin Warren. (1989). Teori Kesusasteraan (Terjemahan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Rahman Shaari. (1989). Berkenalan dengan Kritikan Sastera, Fajar Bakti. Kuala Lumpur.