Course info
Kursus (Teras Pilihan) peringkat tahun akhir ini melibatkan proses pengumpulan bahan yang asli oleh pelajar, analisis kritikal ke atas bahan tersebut, pembentangan dapatan-dapatan dalam kertas seminar atau tugasan, dan diakhiri dengan sebuah tulisan ilmiah (dalam lingkungan 40 hingga 50 halaman panjangnya) tentang tajuk yang dipilih. Tujuan kursus ini ialah untuk menguji kebolehan pelajar dalam mengendalikan sebuah kajian yang agak mendalam dalam salah satu bidang-kecil Kesusasteraan, sambil mengemukakan dapatan-dapatan tertentu yang mungkin dipanjangkan kepada pihak umum. Secara tidak langsung, dan secara hitung panjang, projek kajian ini akan membanyakkan bahan dan tulisan ilmiah tentang tajuk-tajuk dalam bidang kesusasteraan. Antara tajuk-tajuk yang akan disediakan ialah persoalan dan masalah yang mencakupi bidang-bidang kecil seperti: (i) Kesusasteraan Nusantara Klasik, (ii) Kesusasteraan Nusantara Moden dan (iii) Isu-isu dan Masalah Kesusasteraan dalam Perspektif Perbandingan (termasuk sastera Islam).Kursus ini akan diselaraskan oleh Pengerusi Rancangan, manakala setiap projek pelajar akan diletakkan di bawah pengawasan seorang penyelia (Pensyarah/Tenaga Pengajar). Tahap-tahap kerja yang perlu dilaksanakan oleh pelajar akan menurut jadual umum yang akan ditentukan kelak oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
- Lecturer: DR. CHOW SHEAT FUN
- Lecturer: DR. ROSLAN BIN CHIN
Social networks