Course info
Kursus ini menerapkan pendekatan perbandingan ke atas beberapa karya terpilih daripada kesusasteraan Asia moden yang meliputi wilayah Benua Kecil India, Cina, Jepun dan Korea. Bahagian awal kursus akan memberi pengenalan latar belakang sejarah dan sosio-budaya di setiap tradisi kesusasteraan yang dikaji. Karya-karya kesusasteraan yang terpilih sebagai bahan kajian mewakili contoh-contoh terbaik dari wilayah berkenaan. Antara tujuan kajian teks terpilih itu secara perbandingan ialah untuk mengetahui ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara karya-karya besar berkenaan, dan juga mengenal pasti fenomena pengaruh/mempengaruhi atau kesejajaran (parallelism) jika ada. Teks-teks yang dikaji di antaranya ialah The Sound of Waves (1981), Snow Country, The Temple of the Golden Pavillion dan lain-lain.
Rujukan:
1. Idema, Wilt and Haft, Lloyd. (1977). A Guide to Chinese Literature. Michigan: University of Michigan, ms 253 295.
2. Ueda, Makoto. (1976). Modern Japanese Writers. Stanford: Stanford University Press, ms. 173 259.
3. Hsu, Ling Vivian (compiler). (1990). A Reader in Post-Cultural Revolution Chinese Literature. Hong Kong: The Chinese University Press, Connecticut: Far Eastern Publications.

- Lecturer: DR. CHOW SHEAT FUN
Social networks