Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar ciri-ciri kesusasteraan Melayu yang muncul bersama-sama dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. awal yang dibawa masuk dari Timur Tengah atau karya-karya dari warisan perabadan Islam sebagai media dakwah. Semua karya ini akan dianalisis dari segi tema dan persoalan dan teknik penyampaiannya.Teks yang dipilih dalam bahagian sastera dari warisan peradaban Islam ialah Hikayat Nur Muhammad, Masalah Seribu, Surat al-Anbiya. Tumpuan kedua ialah melihat karya-karya Islam yang dihasilkan oleh ulama pengarang tempatan sendiri. Teks yang akan dikaji ialah Tajus al-Salatin karya Bokhari al-Jauhari, Bustan al-Salatin dan Sirat al-Mustaqim karya Syekh Nuruddin al-Raniri. Rauf Singkil.Rujukan:1. Abdul Rahman Abdullah, (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publication.2. Ismail Hamid & Wahyunah Abd. Gani (pngr), (2000). Hikayat Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Syed Hussein et. al, (1980). Kesusasteraan Melayu dan Islam Suatu Pertembungan Pemikir. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.