Course info
Kursus ini bertujuan untuk mengenali karya-karya terpilih dari negara jiran terdekat iaitu Indonesia, secara intrinsik dan juga ekstrinsik. Secara intrinsik kita akan membicarakan karya-karya dari segi tema, plot, perwatakan dan sebagainya. Kajian ekstrinsik pula akan memberi perhatian kepada latar belakang sosio-budaya, psikologi, pengaruh politik, agama dan seterusnya. Teks-teks yang dipilih untuk kursus ini akan mengambil kira zaman karya-karya tersebut dihasilkan seperti zaman Angkatan Balai Pustaka, Angkatan Pujangga Baru, Angkatan 45 dan mutakhir.
Rujukan:
1. Adnani dan Sofjan Muchtar. (1970). Kesusasteraan Indonesia - Dalam Bentuk dan Isi. KL: Penerbitan Pustaka Antara.
2. Ajip Rosidi. (1976). Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia. Bandung: Penerbit Binacipta.
3. __________________. (1967). Kesusasteraan Indonesia Moden Dalam Kritik dan Esei. Jakarta: PT Gunung Agung.
- Lecturer: Fatihah binti Che Mat
Social networks