Course info
Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian: bahagian pertama tentang teks sastera sejarah dan bahagian kedua tentang sastera epik.Bahagian Pertama: Sastera Sejarah.Sebagai pengantar kepada perbincangan mengenai teks sastera sejarah dan epik, terlebih dahulu dibahaskan tentang corak kajian terhadap kedua-dua genre sastera ini yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Barat dan tempatan. Sarjana-sarjana Barat umumnya mengkaji teks sastera sejarah dan epik bercorak historikal di mana penekanan diberikan ke arah kelahiran teks atau literary event dan kebenaran fakta sejarah dan hubungannya dengan teks tertentu. Pendekatan seperti ini mengabaikan aspek teks sastera sejarah dan epik tersebut. Umumnya sarjana-sarjana tempatan pula mempersoalkan kewajaran pendekatan oleh sarjana-sarjana Barat itu dengan hujah-hujah ilmiah yang konkrit. Daripada hujah-hujah tersebut dapat dibuktikan bahawa sastera sejarah dan epik mempunyai nilai yang amat tinggi sebagai hasil kesusasteraan dan karya berunsur sejarah dari zaman silam.Teks sastera sejarah yang dipilih untuk dipelajari ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat-al-Nafis dan Syair Sultan Maulana. Kajian ke atas teks ini dilakukan dari aspek ekstrinsik dan intrinsik. Dari segi ekstrinsik, dibincangkan secara ringkas sahaja mengenai pengarang dan tarikh teks tersebut dihasilkan. Kajian daripada aspek intrinsik dilakukan menerusi pendekatan struktural atau formalistik.Bahagian Kedua: Sastera Epik Teks epik Melayu yang dipilih ialah Hikayat Hang Tuah. Ulasan dilakukan dari aspek ekstrinsik dan intrinsik seperti yang dibincangkan di dalam teks sastera sejarah di atas.Rujukan:1. Ali Ahmad. (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2. Siti Hawa Salleh (Peny.) Cendekia: Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Zahrah Ibrahim (ed.), (1986). Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Lecturer: WAN ROSHAZLI BINTI WAN RAZALI
- Lecturer: CIK WAN ROSHAZLI BINTI WAN RAZALI
Social networks