Kursus ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan beberapa idea, konsep dan kriteria bagi mengapresiasi karya sastera dari sudut-sudut disiplin-bantu yang ada hubungan rapat dengan Ilmu Kesusasteraan.Untuk maksud tersebut, bahagian pertama kursus akan ditumpukan kepada pertalian-pertalian di antara Ilmu Kesusasteraan dengan disiplin-disiplin bantu seperti falsafah, sejarah, linguistik, psikologi dan sosiologi. Penekanan ialah terhadap kemanfaatan yang timbul dalam Ilmu Kesusasteraan secara umum dan kritikan sastera secara khusus daripada peminjaman dan penerapan idea-idea dan konsep-konsep utama disiplin-disiplin bantu itu.Bahagian kedua pula akan menyoroti secara terperinci peranan disiplin-disiplin falsafah, sejarah, linguistik dan psikologi dalam kritikan dan apresiasi karya sastera. Konsep-konsep utama yang mempengaruhi kritikan akan dibicarakan di samping menerapkan sesetengah daripada konsep itu ke atas proses mengapresiasi kreativiti pengarang, pencapaian yang intrinsik kepada karya, dan unsur-unsur lain yang berfungsi untuk memperkuatkan mutu karya. Untuk tujuan penerapan ini beberapa karya kreatif pilihan akan digunakan sebagai teks asas. Rujukan:1. Mana Sikana. (1998). Teori dan Kritikan Sastera Pasca Modernisme. Shah Alam. Fajar Bakti.2. Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad. (1987). Polemik Sastera Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Jefferson, A. dan Robey (ed). (1988). Teori Kesusasteraan Moden: Pengenalan Perbandingan (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.