Course info
Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar tentang konsep-konsep dan pendekatan asas dalam bidang geografi. Tumpuan diberikan kepada tema-tema terpilih daripada empat tradisi asas dalam geografi iaitu Tradisi Sains Bumi, Tradisi Manusia-Alam Sekitar, Tradisi Kajian Wilayah dan Tradisi Reruang. Keempat-empat tradisi ini merangkumi cabang-cabang geografi fizikal dan manusia. Di samping itu kesesuaian pendekatan geografi dalam memahami hubungan manusia dengan persekitarannya juga turut dibincangkan.
Rujukan:
Daniels, P.; Bradshaw, M.; Shaw, D dan Sidaway, J. (2001). Human Geography: Issues for the 21st Century. New York: Prentice Hall.
Fouberg, E.H; Murphy, A.B dan Blij, H.J. (2009). Human Geography: People, Place and Culture (9th Edition). New York: New York: John Wiley & Sons, Inc.
Getis, A., Bjelland, M., dan Getis, V. (2014). Introduction to Geography (4th Edition).New York: Mc Graw Hill Education.
Matthews, J.A. dan Herbet, D.T. (2008). Geography: A Very Short Introduction. New York: Oxford University Press.
Pacione, M (ed). (1999). Applied Geography: Principle and Practice. New York: Taylor and Francis.
- Lecturer: DR. NIK NORLIATI FITRI BINTI MD NOR
Social networks