Kursus ini membincangkan dengan mendalam dan terperinci tentang prinsip, proses dan bentuk-bentuk muka bumi dalam sains geomorfologi moden. Sebagai tambahan, kursus ini juga menekankan aspek gunaan iaitu bagaimana geomorfologi boleh menyumbangkan peranannya dalam sebarang usaha pembangunan projek-projek yang melibatkan perubahan dan gangguan kepada muka bumi. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah: ruang lingkup bidang geomorfologi, geomorfologi struktural, luluhawa, pembentukan cerun, geomorfologi fluvial, dan geomorfologi iklim/kawasan.




Rujukan:




1. Jamaludin Md. Jahi. (1989). Pengantar Geomorfologi. Dewan Bahasa dan Pustaka: K. Lumpur.

2. Lobeck, A.K. (1981). Geomorfologi: Pengenalan Kepada Kajian Pandang Darat (terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka: K. Lumpur.

3. Small. R.J. (1978). The Study Of Landforms: A Textbook Of Geomorphology. 2nd. Edition. Cambridge University Press: London.