Course info
Kursus ini bertujuan membandingkan dan membezakan ciri-ciri geografi wilayah negara-negara Asia Tenggara. Pendekatan yang diambil adalah berdasarkan tema-tema pengajian yang meliputi latarbelakang fizikal dan alam sekitar, pembangunan pertanian dan luar bandar, masalah penduduk, penempatan tanah dan migrasi, urbanisasi, perindustrian dan isu-isu pembangunan. Tema-tema tersebut akan dibincangkan dalam menilai masalah, dasar dan strategi pembangunan di negara-negara tersebut. Kesatuan negara-negara ASEAN sebagai satu Perbadanan Wilayah (regional entity) akan juga dibincangkan. Kursus geografi wilayah Asia Tenggara adalah juga merupakan kursus yang dinamik. Selaras dengan perkembangan semasa di Asia Tenggara, penekanan juga ialah tentang kedudukan ASEAN dalam konteks globalisasi ekonomi, kerjasama ekonomi ASEAN sehingga kini, konsep kerjasama pertumbuhan Segitiga (Growth Triangle), kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA), kerjasama dalam kontek yang lebih luas iaitu Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan lain-lain yang berkaitan.
Rujukan:
1. Hassan Naziri Khalid, Abibullah Samsudin, Morshidi Sirat. (1997). Penubuhan dan Perkembangan Semasa ASEAN Perspektif Geografi. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
2. Dean Forbes. (1996). Asian Metropolis Urbanisation and the Southeast Asian City. Oxford: oxford University Press.
3. Solehah Abdul Hamid. (1997). Pembangunan Ekonomi ASEAN. Sintok. Universiti Utara Malaysia.

- Lecturer: Dr. Norhafiza Binti Md Sharif
Social networks