Course info
Kursus ini merupakan satu kursus untuk membolehkan pelajar mendapat satu gambaran yang menyeluruh tentang geografi fizikal. Tumpuan utamanya ialah kepada penghargaan alam sekitar terutama di negara kita yang pesat membangun. Penghargaan ini tidak dapat diwujudkan jika proses-proses tindak balas yang berlaku di alam nyata tidak diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, pada peringkat permulaan kursus ini akan membincangkan beberapa pendekatan dan konsep-konsep asas dalam kajian geografi fizikal. Kemudian aspek-aspek bumi, atmosfera, iklim dan pengaruh manusia ke atas persekitaran fizikal serta kesan yang timbul akan dibincangkan dengan mendalam.Kursus ini bertujuan untuk : menanam minat dan semangat di kalangan pelajar untuk menghargai alam sekitarnya; membantu pelajar memahami proses-proses fizikal yang berlaku dan menghubung-kaitkannya dengan aktiviti-aktiviti manusia; melatih pelajar-pelajar dan memupuk semangat rasa ingin tahu untuk mengkaji bentuk-bentuk bumi yang terjadi dan proses-proses yang terlibat; mengemukakan kepada pelajar kefahaman tentang atmosfera dan proses-proses yang terlibat seperti cuaca dan iklim.
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah: asas dalam geografi fizikal; atmosfera; hidrosfera; litosfera; manusia dan bumi.
Rujukan:
1. Strahler, A. N. (2006). Introducing Physical Geography. 4th Edition. N.J. : J. Wiley.
2. James G. Cruickshank. (1983). Geografi Tanah Tanih. Terjemahan oleh Ismail Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Charles C. Plummer, David McGeary, Diane H. Carlson. (2003). Physical Geology. 9th Edition. Boston: McGraw-Hill.
- Lecturer: Dr. Norhafiza Binti Md Sharif
Social networks