Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada konsep, isu, strategi, dan pendekatan dalam sektor pertanian di negara maju dan negara membangun. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan isu-isu pembangunan sektor pertanian dari pelbagai perspektif meliputi ekonomi, kemiskinan, pembangunan luar bandar, keselamatan makanan, modenisasi, pembangunan modal dan buruh, campur tangan kerajaan, penyelidikan, pertukaran asing, kewangan, dan kepentingan bantuan asing. Pembangunan dalam sektor pertanian adalah penting kerana pertanian tidak seharusnya dilihat sebagai sektor sokongan dan pasif terhadap proses pembangunan ekonomi, sebaliknya, sektor ini juga mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial secara keseluruhan.
Skill Level: Beginner