IMK 227 BIOCHEMISTRY
Tujuan kursus:
Kursus ini bertujuan menawarkan pengenalan kepada struktur, ciri-ciri, dan signifikan kumpulan utama kompaun biokimia (asid amino, protein, karbohidrat, asid nukleik dan lemak). Kursus ini akan memperkenalkan prinsip bioenergetik, mekanisma dan regulasi enzim pusat tapakjalan metabolik. Topik-topiknya termasuk glikolisis, glukoneogenesis, tapakjalan pentos fosfat, kitaran asid sitrik, regulasi metabolik glukosa dan metabolisma glikogen, kitaran urea, fosforilasi oksidatif dan fotosintesis.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menghuraikan struktur, fungsi, dan mekanisme komponen sel-sel dan proses biokimia.
2. Menerangkan aplikasi biokimia dalam industri.
3. Membentangkan proses biokimia secara lisan.
Sinopsis kursus:
Kursus ini merangkumi kimia asid-bes, struktur dan fungsi organel sel, bioenergetik sel (enzim dan kinetik, rintangan dan regulasi, perlbagai tapakjalan metabolik). Kursus ini juga merangkumi replikasi transkripsi, tranlasi DNA, ekspresi gen dan aplikasi biokimia dalam industri.
Tenaga Pengajar :
(a) Dr. Rabeta Binti Mohd Salleh (USM 1350/08) - Coordinator
(b) Dr. Mohamad Hafizi Abu Bakar (USM 0289/16)
Email: mhafizi88@usm.my
