Kursus ini bertujuan membentuk pelajar yang seimbang dan bersifat holistik serta menepati syarat yang diperlukan dalam melatih seorang pegawai sukarelawan polis demi keselamatan dan kelestarian negara.. Kursus tahap 'Intermediate' ini mencakupi pengenalan kepada jabatan-jabatan dan cawangan PDRM melalui lawatan dan penempatan, konsep kewarganegaraan,kanun keseksaan bersama Akta Polis , kempen pencegahan jenayah , peraturan dalam pengunaan senjata api, latihan menembak dan kursus pengenalan pasukan Gerakan Am (PGA). Latihan fizikal dalam bentuk kawad dan seni mempertahankan diri akan diteruskan pada peringkat pertengahan. Kursus ini dilaksanakan melalui syarahan dan latihan-latihan praktikal. Untuk mencapai matlamat kursus, pelajar perlu menduduki ujian teori dan praktikal (Keperluan tamat latihan PDRM) serta melaksanakan projek berkumpulan berasaskan Libat sama Universiti- Komuniti dalam mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari secara berterusan.