Kursus ini bertujuan membentuk pelajar yang seimbang dan bersifat holistik serta menepati syarat yang diperlukan dalam melatih seorang pegawai sukarelawan polis demi keselamatan dan kelestarian negara. Kursus ini mencakupi pengenalan kepada sejarah, organisasi dan aspek operasi PDRM , budaya dan etika kepolisan, patriotisme dan kenegaraan yang mencakupi perlembagaan negara, pengenalan undang-undang kepolisan, akta polis, akta perlindungan kanak-kanak dan undang-undang am. Latihan fizikal dalam bentuk kawad dan seni mempertahankan diri akan juga diperkenal pada peringkat ini.