Kursus ini memperkenalkan proses-proses utama dalam setiap fasa pengurusan projek. Kesemua sembilan bidang pengetahuan dalam pengurusan projek akan dibincangkan secara terperinci. Pelajar turut dibimbing untuk melaksanakan sebuah tugasan dalam perancangan projek melalui 4 fasa pengurusan iaitu proses pemilihan, perancangan, perlaksanaan dan penutupan menggunakan alatan perisian yang bersesuaian.