Perkembangan dan pembelajaran insan memberi fokus kepada perkembangan sepanjang hayat dari peringkat pranatal sehinggalah ke peringkat tua. Teori-teori perkembangan dan pembelajaran insan akan diperkenalkan dalam kursus ini. Selain itu, pengaruh biologi/genetik dan persekitaran terhadap perkembangan fizikal, sosio-emosi, kognitif dan pembelajaran yang tipikal dan atipikal akan disentuh.