Bahasa Malaysia :
Tujuan kursus ini ialah supaya pelajar memahami prinsip asas kimia, fizik dan biologi tanah. Pelajar akan dapat mengaitkan hubungan di antara prinsip-prinsip sains tanah dengan sistem ekologi, pengeluaran agrikultur/ pertanian, keperluan makanan dunia, pengunaan kejuruteraan tanah dan dan pelupusan sisa. Tanah adalah bahan biogeokimia yang kompleks di mana tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh. Tanah mempunyai sifat-sifat struktur dan biologi yang membezakan tanah daripada batu dan sedimen. Tanah menyokong sistem ekologi yang dinamik dan membekalkan tumbuh-tumbuhan dengan sokongan, air, nutrien dan udara. Tanah boleh menyokong semua ekosistem di atas tanah termasuk populasi mikroorganisma yang mengitar semula bahan-bahan hidup, membekalkan seluruh populasi manusia dengan makanan, serat, air dan bahan binaan, dan tapak untuk pembinaan dan pelupusan sisa. Manusia bergantung kepada tanah untuk melindungi air bawah tanah dengan menapis bahan kimia toksik dan organisma patogen daripada air sisa. Tanah juga memainkan peranan yang penting dalam pengasingan karbon dan pencegahan pemanasan global. Memahami dan menguruskan tanah dengan baik adalah penting untuk kebajikan manusia.
Bahasa Inggeris :
The aim of this course is for students to understand the basic chemical, physical and biological principles of soils. Students will be able to relate the principles of soil science to ecological systems, agricultural production, world food needs, engineering uses of soils and waste disposal. Soils are complex biogeochemical materials on which plants may grow. The soils have the structural and biological properties that distinguish soils from rocks and sediments. Soil supports dynamic ecological systems and provides plants with support, water, nutrients and air. Soil can support all ecosystems on land including large populations of microorganisms that recycle the materials of life, providing the entire human population with food, fiber, water and building materials, and sites for construction and waste disposal. Human relies on soils to protect the groundwater by filtering out toxic chemicals and pathogenic microorganisms from wastewater. Soil also plays an important role in carbon sequestration and prevention of global warming. Understanding soil and managing it well is essential to human welfare.